Pada masa kini, terdapat ramai remaja terdedah kepada kes-kes jenayah seperti jenayah siber, gengsterisme, vandalisme, jenayah buli, mat rempit, pecah rumah, rogol, dadah, seks bebas dan kes ragut. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan masyarakat.

blank

Pecah Rumah





Menurut kamus dewan edisi ketiga jenayah pecah rumah merupakan tindakan seseorang sama ada secara individu atau berkumpulan yang memasuki rumah seseorang tanpa kebenaran untuk tujuan rompakan.

               Kejadian pecah rumah boleh dilakukan dengan menggunakan pemutar skru atau objek-objek tajam untuk mengumpil pintu atau tingkap. Terdapat sesetengah penjenayah memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi atau menggunakan ‘jack’ untuk membuka jerjak besi tingkap. Ada pula yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah dan memasuki melalui tingkap yang tidak berkunci atau terbuka.

               Punca-punca berlaku pecah rumah adalah disebabkan ketiadaan permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing. Kedudukan rumah di kawasan terpencil memudahkan penjenayah untuk melakukan pecah rumah.Pintu dan tingkap yang tidak dikunci mendorong penjenayah ini untuk melakukan jenayah pecah rumah. Tuan rumah haruslah memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah sama ada untuk bercuti ataupun keluar.Kebanyakan pihak polis hanya sekadar melakukan rondaan di jalan utama sahaja dan tidak menyusuri laluan di setiap perumahan.

               Kesannya penduduk mengalami kehilangan harta benda serta hidup dalam ketakutan sehingga meninggalkan kesan trauma kepada mereka. Hal ini boleh dielakkan dengan memaklumkan balai polis terdekat atau meninggalkan maklumat yang secukupnya bagi memudahkan jiran memaklumkan sebarang kejadian. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik atau memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah serta sentiasa memasang lampu apabila keluar rumah. Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persempunyai penjenayah. Penghuni digalakkan menjalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk- jenguk di kawasan rumah.

               Jika boleh, seluruh masyarakat di sesebuah kawasan kejiranan diseru untuk bersatu padu seterusnya membuat rondaan khususnya menerusi penubuhan skim rondaan sukarela (SRS) dan kepolisian komuniti. Bila berlaku kejadian haruslah segera membuat laporan di balai polis berhampiran. Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

2 ulasan:

Unknown berkata...

faktor berlaku pecah rumah

Unknown berkata...

Membuat laporan polis

Catat Ulasan