Pada masa kini, terdapat ramai remaja terdedah kepada kes-kes jenayah seperti jenayah siber, gengsterisme, vandalisme, jenayah buli, mat rempit, pecah rumah, rogol, dadah, seks bebas dan kes ragut. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan masyarakat.

blank

Kes Ragut

Pengenalan
    
Menurut kamus dewan, jenayah ialah perbuatan kejahatan seperti mencuri ,merompak ,membunuh dan lain-lain atau perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Ragut pula bererti menarik, menyentak, mencabut dengan paksa atau dengan kekuatan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa jenayah ragut merupakan perbuatan menarik, menyentak atau mencabut yang mana berkait rapat dengan tas tangan. Jenayah ragut ini sering kali dikaitkan dengan golongan remaja dan juga penagih dadah. Jenayah ini semakin berleluasa dan paling menakutkan jenayah ini telah meragut puluhan nyawa. Sebagai contoh Chai Wai Fun, kerani akhbar Nyanyang Siang Pau Chong See Cheng, dan Abdul Rahmat Bin Khadla’din. Mereka bukan sahaja diambil harta benda tetapi peragut juga mengambil nyawa mereka. Timbul persoalan mengapa jenayah ragut ini berlaku dan apa puncanya?

Pengaruh rakan sebaya
Salah satu punca berlakunya jenayah ragut adalah sikap segelintir remaja yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Menurut pendapat seorang ahli psikologi Barat, Carl Rogers (1985), remaja akan mengalami beberapa perubahan ketara yang mana rakan sebaya begitu penting bagi mereka. Konflik harga diri menyebabkan remaja menjadikan rakan sebaya sebagai ‘tempat mengadu. Malah, mereka juga akan melakukan sesuatu yang drastik bagi membuktikan mereka boleh berdikari atau mampu bertindak seperti orang dewasa.Sebagai contoh mencari duit.Mereka melakukan jenayah ragut,mencuri,merompak bagi membuktikan bahawa mereka mampu mencari wang sendiri.Jelaslah jenayah ragut mendorong remaja melakukan jenayah ragut.

Kurang kasih sayang daripda ibu bapa dan keluarga,
Didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga juga menyebabkan remaja terjerumus dalam jenayah ragut ini. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman yang mencabar ini ibu bapa lupa akan tanggungjawab mendidik dan mengajar anak-anak agar menjadi insan yang sempurna disebabkan oleh harta dunia..Remaja yang tidak mendapat kasih sayang danperhatian sewajarnya daripada ibu bapa dan keluarga, akan mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada orang luar termasuk rakan sebaya. Remaja akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan mendapatkan perhatian rakan mereka.Sebagai contoh ,melakukan jenayah seperti meragut,melepak dan sebagainya bagi memuaskan hati rakan mereka.Oleh itu kurang kasih sayang menybabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah ragut ini.


Media Massa
Media massa memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada penggunanya.Sebagai contoh internet,emel ,televisyen dan sebagainya.Perkembangan teknologi telah memudahkan setiap perkara tanpa batasan dan sempadan untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu,media massa turut memberi kesan negatif kepada remaja jka disalah guna.Remaja hanya perlu memuat turun apa sahaja yang mereka inginkan.Sebagai contoh menonton video lucah,menonton video ragut dan video keganasan.Secara tidak langsung wujud perasaan ingin mencuba dalam diri remaja.Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba menyebabkn remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka lihat di dalam internet. Oleh itu media massa juga menjadi faktor berlakunya jenayah ragut dalam kalangan remaja.


Ekonomi
Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar terutamanya kepada masyarakat yang berpendapatan rendah.Remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah terpaksa menjadikan jenayah ragut untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Siatasatan Jenayah Bukit Aman Dato Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi menyumbang kepada peningkatan jenayah ini..Tambahan pula jenayah ragut memberi keuntungan dalam sekelip mata..Tuntasnya,kemelesetan ekonomi juga menjadi titik tolak penglibatan remaja dalam jenayah ragut ini.


Kurang didikan agama
Remaja yang mempunyai pegangan agama yang lemah cenderung untuk melakukan jenayah.Semua agama sama ada Islam,Hindu dan Buddha melarang penganutnya melakukan kejahatan.Sebagai contoh agama Islam.Timbul persoalan mengapa saya mengambil contoh agama Islam.?Hal ini demikian kerana apa-apa kegiatan jenayah di Malaysia seringkali dimonopoli oleh orang melayu yang beragama Islam. Islam adalah agama yang suci dan satu-satunya agama yang deperakui oleh Allah.Islam melarang umatnya melakukan kejahatan di muka bumi ini.Tanggungjawab ibu bapa adalah memberi didikan agama kepada anak-anak bukan mencari nafkah sahaja. Anak-anak akan melakukan jenayah ragut ini tanpa berasa takut akan kesannya di hari pembalasan kelak.Jelaslah,lemah pegangan agama menyebabkan remaja terlibat dalam jenayah ragut ini. .


Langkah-langkah
    
Namun begitu, jenayah ragut ini dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut.Ibu bapa seharusnya tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak mendidik anak-anak.Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak dan selalu berdampingan dengan mereka.Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui masalah anak-anak dan seterusnya menjadi ‘role model’ kepada remaja.. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam jenayah ragut bahkan turut memperbaiki institusi keluarga mereka
     
Menurut Imam Al-Ghazali, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata, adalah seperti meminum racun yang membinasakan. Remaja perlu bijak mencari kawan yang baik kerana kawan yang baik mendorong mereka melakukan kebaikan.Jika remaja tersalah pilih kawan, mereka terdorong untuk melakukan perkara yang negatif seperti jenayah ragut,gengsterisme dan sebagainya.
    
Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Remaja hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah ragut.Remaja yang bermaklumat ini akan memenuhi masa mereka dengan ilmu dan perkara berfaedah sahaja.Secara tidak langsung mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan jenayah ragut.Bukan itu sahaja,pihak kerajaan haruslah menyekat video-video yang tidak berfaedah daripada tersebar melalui medium tertentu.Hal ini dapat mengurangkan bukan sahaja jenayah ragut bahkan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi membanteras peragut dalam kalangan remaja.
     
Selain itu penguatkuasaan undang-undang terhadap remaja perlu digubal.Remaja yang melakukan jenayah ragut perlu dihukum seperti penjenayah lain.Jika jenayah ragut yang mereka lakukan membabitkan kematian mereka perlu dihukum sepertimana penjenayah lain dihukum..Kerajaan tidak perlu berkompromi dengan remaja yang meragut ini kerana mereka bukan sahaja meragut harta tetapi mereka juga meragut nyawa manusia.
    
Kesimpulannya,jenayah ragut dalam kalangan remaja perlu diatasi dengan segera agar kemajuan negara dapat dicapai. Pelbagai dasar dan model ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan negara.Bukan itu sahaja pembentukan modal insan kelas pertama juga telah ditekankan agar bukan sahaja kemajuan negara sahaja yang diperoleh bahkan kemajuan modal insan juga dapat dikecapi.Kita tidak mahu akibat jenayah ragut ini,pembangunan negara dan pembangunan modal insan terbantut..Hal ini demikian kerana remajalah yang akan memimpin dan membentuk negara pada masa akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan