Pada masa kini, terdapat ramai remaja terdedah kepada kes-kes jenayah seperti jenayah siber, gengsterisme, vandalisme, jenayah buli, mat rempit, pecah rumah, rogol, dadah, seks bebas dan kes ragut. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan masyarakat.

blank

Jenayah Rogol

Sejak akhir-akhir ini,masyarakat malaysia sering dikejutkan dengan berita mengenai kes rogol hingga membawa kepada kes bunuh selepas dirogol di negara kita pada saban tahun.fenomena ini berpunca daripada pelbagai politik di malaysia kerana ia melibatkan kepimpinan.Senario politik yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita.Apabila didikan diperingkat Negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan kosong jiwa mereka.Bermula dari itulah runtuhnya intitusi kekeluargaan sehingga tugas dan tanggungjawab sebagai Ibu bapa diabaikan sebagaimana digambarkan oleh Rasululah s.a.w bahawa anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan bersih maka kedua Ibu bapanya yang akan mencorakkannya.Selain itu, punca jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik.Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemaikaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam Islam,inilah faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya.Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia terutamanya remaja melayu yang beragama Islam.

          Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga mempengaruhi masyarakat yang nipis imannya dan kurangnya pengatahuan agama dihanyutkan nafsu serakah mereka.Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul pula Istilah haruan makan anak ataupun harapkan pagar,pagar makan padi,inilah istilah yang paling sesuai digunakan untuk golongon ini yang sanggup menghancurkan harapan anaknya sendiri.Namun harus diingatkan juga bahawa perlakuan jenayah rogol juga bukan hanya disebabkan berpunca daripada lelaki sahaja tetapi berpunca juga daripada wanita yang menjadikan tubuh badannya yang cantik dan sempurna itu sebagai tatapan khalayak ramai.Trend pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang datangnya dari Negara barat,maka wanita di Negara ini lupa asal usul dirinya yang sepatutnya berpegang dengan kaedah pemakaian Islam.Akhirnya disebabkan budaya pemakaian artis ataupun wanita di nagara barat ini telah meresapi ke dalam masyarakat wanita Negara ini maka inilah yang menyebabkan terjadinya jenayah rogol.Jelaslah Islam mewajibkan pemakaian pakaian yang menutup aurat bagi wanita adalah mempunyai mesej yang sangat bernilai dan menjadi benteng yang utuh serta mencegah daripada berlakunya jenayah rogol ini.Berdasarkan firman Allah s.w.t aurat ini mempunyai hubungan dengan mata,sekiranya terdedahnya aurat maka secara automatiknya nafsu akan memberontak.Apabila nafsu sudah memberontak maka terjadilah jenayah rogol akibat desakan nafsu yang mengusai dirinya sehingga melupakan sifat sebagai seorang insan yang sepatutnya mempunyai sifat keperikemanusiaan.

          Rogol merupakan masalah besar kepada mangsa rogol dan keluarganya. turut terpalit dalam jenayah ini ialah saudara mara dan sahabat handai.kebanyakan mangsa pula berasa malu untuk melaporkan kejadian rogol kepada pihak polis kerana bimbang berita berkenaan akan tersebar luas dan menambah beban kepada ahli keluarganya.ada juga yang bimbang masa hadapan mereka akan terus gelap jika dibicarakan di mahkamah.terdapat banyak cara untuk kita mengurangkan jenayah rogol.antaranya ialah didikan awal di rumah dapat membentuk jiwa kanak-kanak dan ahli keluarga supaya menghormati wanita.didikan ini akan akan menyedarkan anak-anak terutamanya anak lelaki supaya menghormati adik perempuan atau saudara perempuan yang lain.jika didikan ini sempurna mereka akan menjaga saudara mereka dengan baik dan melindungi mereka daripada menjadi mangsa rogol.cara yang seterusnya untuk mengurangkan jenayah rogol ialah masyarakat diajak untuk memberi ruang kepada mangsa dan keluarga bagi melupakan tragedi hitam dengan cara memberi sokongan emosi dan fizikal.sokongan emosi dan fizikal perlu diberikan agar mangsa berasa yakin dan bersedia memulakan kehidupan yang baru.pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula perlu diberi akses yang lebih luas kepada penubuhan pusat perlindungan seperti bantuan khidmat kaunselor dan kursus peningkatan pengurusan tempat perlindungan supaya mangsa rogol berasa yakin dan dapat menerima kehidupan baru.

          Sehubungan itu,cara untuk mengurangkan jenayah rogol ialah melalui kempen. Contohnya perhebatkan talian hotline Polis Diraja Malaysia iaitu 03-26226555 bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.dengan adanya kempen ini,hubungan pihak polis dan orang ramai akan menjadi rapat.ini kerana pihak polis akan berhubung terus dengan orang ramai dan mengambil tindakan yang segera.masalah jenayah rogol akan dapat diatasi dan masyarakat menjadi selamat.pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengmbil tanggungjawab memastikan persekitaran kawasan perumahan khususnya jalan atau lorong gelap.kawasan ini berpotensi menjadi tempat penjenayah rogol mencari mangsa mereka.contoh kes audrey melisa yang dirogol ketika ke sekolah di laluan awam kerana ketiadaan lampu jalan.

          Jenayah rogol amat menakutkan.ia menjadi musuh kepada kumpulan wanita khususnya kanak-kanakyang mudah menjadi sasaran penjenayah.pendekatan atau mekanisme yang dirancang bagi menangani kes rogol ini perlu berbentuk holistik dan mengambil kira kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.institusi kekeluargaan mesti diperkukuhkan dengan nilai-nilai teras yang menjadikan hormat dan kawalan diri sebagai fokus ke arah pembentukan masyarakat penyayang.






Pembuangan Bayi

GEJALA PEMBUANGAN BAYI
Gejala pembuangan dan pembunuhan bayi bukanlah sesuatu yang baru bagi negara kita. Banyak berita-berita tentang kes-kes pembuangan bayi disiarkan dalam media tempatan. Nampaknya, gejala ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Manusia dikatakan makhluk yang paling cerdik di bumi tetapi tingkah lakunya menjijikkan dan tidak setanding dengan binatang buas. Kebanyakan remaja yang mengandung luar nikah ini terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung oleh mereka.



Punca-punca terjadinya pembuangan bayi:
Hubungan seks yang bebas tanpa batasan merupakan punca utama pembuangan bayi. Kebanyakan remaja kini diberikan kebebasan yang keterlaluan. Ramai remaja bekerja di luar sambil tinggal bersama-sama dengan rakannya. Keluarga juga jarang mengetahui tindak-tanduk anak-anak mereka. Jadi remaja bebas bergaul dan mencari teman hidup di luar pengetahuan orang tuanya. Mereka yang belum bersedia menerima kedatangan bayi berkemungkinan membuang bayi tersebut.

Perasaan malu dan aib para gadis yang mengandung anak luar nikah juga mencetuskan masalah ini. Kebanyakan gadis yang sudah hamil, mereka tidak berani menghadapi realiti, takut dihina dan disisihkan oleh masyarakat. Dalam keadaan yang kusut tanpa bimbingan orang lain, gadis yang terlibat mungkin hilang pertimbangan rasional dan sanggup membuang serta membunuh bayi tersebut.

Lelaki yang tidak bertanggungjawab juga memburukkan keadaan. Ramai lelaki akan berjanji manis untuk memikat teman wanita untuk menyerahkan segala-galanya. Lelaki berjanji akan berkahwin dengan teman wanita jika teman wanita itu hamil. Ramai gadis remaja, mempercayai kata-kata manis lelaki yang bersalutkan cinta abadi. Malangnya setelah berbadan dua, lelaki yang tidak bertanggungjawab akan lepas tangan. Dalam keadaan buntu, tanpa sokongan dan bantuan keluarga, gadis yang terdesak mungkin terpaksa membuang bayi tersebut.

Cara-cara untuk membendung gejala pembuangan bayi:
Kewujudan keluarga yang harmoni penting untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa tunjang keutuhan sesebuah keluarga. Mereka bertanggungjawab mengawasi setiap langkah anak-anak agar mereka tidak terjerumus ke kancah maksiat, terutamanya anak gadis. Mereka harus meluangkan masa untuk berbincang dengan anak tentang masalah mereka. Kekerasan yang keterlaluan harus dielakkan dalam mengasuh anak-anak. Bimbingan dan asuhan sejak awal lagi akan menepati pepatah yang berbunyi melentur buluh biar dari rebungnya.

Pegangan agama dan didikan moral yang tinggi. Setiap agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha mahupun Hindu dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia pengguguran memang diharamkan. Sejak kecil lagi, anak-anak perlu diberikan asuhan keagamaan. Dengan ini,mereka akan menjadi manusia yang beriman. Dengan asuhan agama dan moral yang cukup ini, mereka tidak mudah digoda oleh nafsu haloba dan dapat membezakan yang baik dan buruk. Mereka juga akan lebih menyayangi diri sendiri dan menjauhi hubungan yang mendorong kepada kehamilan luar nikah. Mereka juga tidak sanggup membuang bayi sungguhpun bayi berkenaan tidak sempurna sifatnya. Sebaliknya mereka menganggap itu amanah tuhan yang perlu dipikul dengan tabah dan sabar. Disebutkan dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dan di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (http:www.jais.gov.my)

Strategik kerajaan membendung masalah ini. Kaunseling dan bantuan kepada para ibu yang mengandung anak luar nikah perlu dilakukan. Remaja sedemikian akan diberikan perlindungan dan bimbingan sehingga anak mereka selamat dilahirkan. Sekiranya mereka tidak sanggup menerima anak berkenaan keluarga angkat akan dicari. Program Rakan Muda yang dilancarkan oleh kerajaan membolehkan remaja melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela. Seterusnya, kerajaan telah membuat implikasi undang-undang pembuangan bayi di bawah:
Akta Kanak-Kanak 2001 (Child Act) – Akta 611:
• Seksyen 17 anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
• Seksyen 46 ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.
Rang Undang-Undang Jenayah Malaysia:
• Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. (http:// www.infosihat.gov.my)
Oleh itu, gejala ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A’araf ayat 179:
Maksudnya: “Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (bukti keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”. (http:www.jais.gov.my)
Oleh itu, renung-renungkanlah………….

Dadah

PENGENALAN
Pada masa kini, bilangan remaja yang terlibat dengan gejala dadah dilihat semakin meningkat hari demi hari. Fenomena ini amat membingbangkan negara kerana remaja merupakan eset negara yang amat berharga. Remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

               Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dadah merupakan istilah khas yang diberi kepada sejenis bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal) dan rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku seseorang individu. Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif yang mampu memberi kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) yang boleh menyebabkan penggunanya bergantung secara fizikal dan psikologikal yang akan menyebabkan ketagihan yang serius.
               Dadah merupakan bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam tubuh badan. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

PUNCA REMAJA TERJEBAK DENGAN DADAH.

FAKTOR PSIKOSOSIAL
Kehidupan moden yang sangat sibuk dan merumitkan menyebabkan golongan remaja menghadapi tekanan dalam proses pembesaran. Golongan ini menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek seperti tekanan di sekolah, tekanan di rumah, tekanan di tempat kerja dan sebagainya. Mereka akan menggunakan pelbagai cara bagi mengatasi tekanan tersebut. Oleh sebab itu, terdapat remaja yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai alat untuk melepaskan tekanan atau menjadikan dadah sebagai alat untuk mendapatkan keseronokan. Keadaan ini jelas dapat dilihat di bandar-bandar besar yang mempunyai banyak pust hiburan.


FAKTOR KEWANGAN
Kesempitan hidup juga menjadi faktor remaja terjebak dengan dadah. Hal ini kerana, remaja yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan akan memyebabkan remaja memberontak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, terdapat remaja yang sanggup mengambil risiko dengan menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan. Bagi remaja walaupun mereka mungkin berdepan dengan tali gantung sekiranya mereka tertangkap, semua itu tidak menjadi persoalan bagi mereka kerana pendapatan lumayan yang bakal diperoleh menjadi keutamaan bagi mereka.

FAKTOR RAKAN SEBAYA DAN PERSEKITARAN
Pada usia remaja, nilai dan norma kumpulan rakan sebaya mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat terhadap sikap, cara berpakaian, gaya pertuturan, dan nilai yang dipegang oleh remaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong remaja terjebak dengan dadah. Remaja dalam kelompok atau kumpulan sering menghabiskan waktu bersama dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Keadaan ini memudahkan remaja terjebak dengan dadah kerana dalam keadadan beginilah remaja mula berjinak-jinak mengenali dadah dan akhirnya akan membawa kepada ketagihan yang teruk.

FAKTOR KEBENDAAN/MATERIALISTIK
Kehidupan serba moden mendorong masyarakat terutama remaja terikut-ikut dengan gaya/trend masa kini. Pada masa kini, individu yang tidak mengikut peredaran zaman akan dianggap sebagai individu yang ketinggalan zaman. Misalya, penggunaaan telefon bimbit mudah alih sudah dianggap sebagai satu keperluan. Tidak kira peringkat usia, samada orang dewasa ataupun kanak-kanak sudah memilikinya dan model telefon bimbit juga sering berubah dengan pantas. Maka, golongan remaja yang mudah terikut-ikut dengan budaya kebendaaan ini akan berusaha untuk mendapatkan barang-barang yang terbaharu dipasaran supaya dapat bersaing dengan rakan-rakan untuk memastikan diri mereka tidak ketinggalan. Maka, remaja akan berusaha mencari sumber kewangan untuk membeli barang-barang tersebut. Secara tidak langsung, remaja akan terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah untuk mendaptkan wang. Remaja seperti ini dapat kita lihat bahawa mereka bukanlah sesempitan wang sebaliknya mereka memerlukan wang untuk sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Remaja dari golongan berpelajaran terutama pelajar universiti turut terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

PERANAN KERAJAAN
Tindakan undang-undang yang tegas haruslah dikenakan keatas individu yang menyalahgunakan dadah samada untuk kegunaan disendiri mahupun untuk tujuan penjualan kepada pihak lain. Mengikut undang-undang dadah Malaysia Akta Dadah Berbahaya 1952 individu yang disabit dengan kesalahaan memiliki dadah jenis ganja seberat 200 gram atau lebih atau memiliki 200 gram atau lebih resin ganja boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati dibawh seksyen 39B Akta Dadah Berbahya 1952. Tindakan undang-undang yang tegas ini di harap dapat memberikan kesedaran kepada pesalah dan juga kepada individu lain supaya tidak melakukankesalahan yang sama.

PERANAN IBUBAPA
Pelbagai langkah dapat diambil bagi menangani masalah penyalah gunaan dadah dalam kalangan remaja. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membentuk anak-anak supaya dapat melahirkan generasi remaja yang berkualiti. Ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak sejak dari kecil supaya anak-anak tidak terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak sihat. Ibu bapa haruslah menyediakan sebuah keluarga yang harmoni dan selesa kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga haruslah memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak seperti pepatah Melayu yang berbunyi melantur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang membesar dengan ilmu agama yang cukup dapat menghalang diri mereka dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibu bapa juga haruslah menyediakan waktu kualiti untuk bersama anak-anak terutama anak-anak yang sedang meningkat remaja. Hal ini kerana, pada masa ini anak-anak remaja mudah untuk terjebak dengan aktiviti tidak sihat sekiranya tiada pantauan daripada ibu bapa.

PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat sekeliling haruslah perihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku disekeliling. Sekiranya mereka mendapati berlakunya kes-kes menyalahgunaan dadah dikawasan mereka, mereka haruslah melaporkannya kepada pihak berkuasa. Langkah ini dapat membendung gejala negatif ini daripada terus merebak dan akan merosakkan seluruh sistem masyarakat. Tindakan yang diambil bukanlah bertujuan untuk menjaga hal atau “tepi kain” individu lain tetapi untuk memastikan generasi akan datang terutama golongan remaja tidak musnah disebabkan masalah ini. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada golongan muda di kawasan kejiranan seperti menganjurkan kelas fardu ain, permainan sukan dan sebagainya. Langkah ini dapat mengelak golongan tersebut daripada membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

KESIMPULAN
Jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan belia masa kini harus dipandang serius. Langkah-langkah menangani masalah ini haruslah dilaksana dengan sebaik mungkin supaya generasi akan datang tidak terjebak dengan gejala negatif ini. Selain itu, ia juga dapat menggelakkan Negara kita daripada dipandang serong oleh Negara luar yang beranggapn bahawa rakyat Negara ini mempunyai akhlak yang buruk. Kesedaran dan kerjasama daripada semua pihak amatlah penting bagi memastikan masalah ini dapat dibendung. Hal ini kerana usaha daripda sebelah pihak sahaja tidak mungkin membuahkan hasil.
"Renung dan fikirkanlah"

Jenayah Buli

Definisi buli merupakan satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang ke atas mangsa.

Di sinilah kita melihat siapa yang sering membuli dan siapa yang dibuli.Siapakah pembuli ? Pembuli biasanya terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat , lima dan enam.Biasanya pembuli bertubuh besar , tegap dan tinggi.Pembuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.Kemunculan pembuli akanlah membawa wujudnya mangsa iaitu orang yang dibuli.Siapakah yang sering dibuli ? Individu yang dibuli biasanya bertubuh kecil.Selain itu, mereka juga mungkin terdiri daripada pelajar yang kerap dipuji oleh guru semasa pengajaran.Pelajar baru di sekolah juga akan menjadi sasaran pembuli.

Jenayah buli ini berlaku mesti ada sebabnya.Menurut maklumat yang dikaji terdapat beberapa faktor atau sebab-sebab yang dapat kita lihat tentang mengapakah mereka sering membuli? Faktor yang pertama ialah faktor rakan sebaya.Ini disebabkan rakan sebaya biasanya mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.Faktor yang kedua ialah mereka pernah menjadi mangsa buli.Selain itu, ada yang disebabkan mereka ingin menunjukkan kekuatan sendiri.Pembuli ini ingin mereka yang lemah mematuhi, mengikuti dan menghormati mereka yang kuat.Faktor yang seterusnya ialah sekadar mahu berseronok.Akibat penceraian ibubapa juga merupakan salah satu factor yang menyebabkan berlakunya kes buli. Ini disebabkan mereka tidak mendapat perhatian, kasih sayang dan menganggap dirinya diabaikan oleh ibubapa mereka sendiri.Mereka merasa ibubapa mereka tidak mengambil berat tentang diri sendirinya dan beza dengan individu lain.Ini secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk melakukan perbuatan buli.Di samping itu, mereka yang gagal mengendalikan emosi dengan baik juga merupakan salah satu factor.Golongan ini biasanya terdiri daripada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau.Faktor yang terakhir yang mugkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi-aksi, pertuturan dan tingkah laku yang negative atau tidak baik akan menjadi ikutan mereka iaitu”role model” bagi golongan remaja.

Perbuatan buli boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental.Buli fizikal merupakan satu perbuatan yang melibatkan tindakan pukul-memukul,memeras ugut,menampar,menendang,menarik rambut,menolak atau mencubit yang hingga menyebabkan kecederaan.Selain itu, perbuatan paling ganas yang boleh membawa kematian juga boleh dikategorikan sebagai buli fizikal.Jenis buli lain iaitu buli mental merupakan sejenis buli yang lebih daripada ejek-mengejek. Misalnya pelajar yang mempunyai nama yang agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.

Perbuatan buli secara langsungnya akan membawa kesan-kesannya.Kesan tersebut boleh dilihat dari segi pembuli dan mangsa atau dibuli dan dari segi kesan luaran dan dalaman.Kesan luaran bagi pembuli akibat daripada tindakan buli ialah apabila dewasa kelak, kemungkinan besar mereka akan menjadi penjenayah.Selain itu,mereka juga akan bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Seterusnya ialah kesan buli mangsa atau dibuli dari segi luaran dan dalaman.Dari segi luaran, mereka akan membalas dendam kepada orang lain.Tujukannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.Di samping itu.mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.Dari segi dalaman, mereka akan hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, tidak mahu pergi ke sekolah dan sebagainya.Yang paling serius ialah ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apakah yang patut dilakukan sekirannya dibuli? Bagi mengurangkan masalah kes-kes buli ini,pihak-pihak berkenaan perlulah berkerjasama dalam usaha untuk membendungnya.Pihak-pihak yang memainkan peranan penting adalah pihak sekolah ,kelas dan individu.

Bagi tahap sekolah, pihak sekolah haruslah dan perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah.Sebagai contohnya ini boleh didapatkan melalui cara borang soal selidik.Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang mereka alami untuk mendapatkan respon yang tertinggi.
             
Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu menetap peraturan-peraturan yang jelas yang berkaitan dengan perbuatan buli.Sebagai contohnya, tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnaya kepada pembuli.Contoh yang lain juga merangkumi penampalan poster antibuli dan mengedarkan risalah antibuli.

Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah secara tidak langsung dapat mengekangkan kes-kes buli.Pihak sekolah juga perlu menwujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli di peringkat sekolah.

Dari segi tahap kelas pula perlu diwujudkan satu peraturan kelas yang berkaitan dengan toleransi sifar tentang dibuli. Peraturan tersebut mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli iaitu dari segi psikologi dan fizikal, dan juga hukuman-hukuman yang akan diterima jika ditangkap.

Setiap pelajar hendaklah diberi senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar.Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatanganikan peraturan-peraturan berkenaan.Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa dengan pihak sekolah.

Dari segi individu, jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa tetapi juga dengan ibu bapa atau penjaga mereka.Selain itu, guru kaunseling juga digalakkan untuk mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empatiyang bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain dengan pembuli.Manakala latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Jenayah Siber




Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet. Jenayah siber menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Penjenayah siber akan muat turun cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan, peras ugut, mengubah data-data dan lain-lain melalui internet. Hal ini bertujuan untuk mengakibatkan kerugian dan penderitaan mangsa-mangsa jenayah siber. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar termasuklah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, pengintipan penyebaran virus dan banyak lagi. Selaras dengan kepesatan teknologi kita mungkin akan berhadapan dengan pelbagai bentuk jenayah baru.

               Jenayah siber amat sukar untuk dibendung..Apakah sebab yang menghalangkan ia dibendung? Faktor pertama yang dikenal pasti ialah kesukaran mengenal pasti siapakah yang terlibat.. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional khususnya golongan remaja. Remaja akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

               Selain itu, kepentingan ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan jenayah ini sukar dibendung. Pada era globalisasi sekarang, sesebuah Negara akan ketinggalan jika masih menggunakan kaedah tradisional sahaja dalam urusan ekonomi. Oleh itu, E-commerce dan K-ekonomi menjadi begitu penting. Bagi Negara-negara yang sedang membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, dua kaedah ini amat terhad. Oleh itu, mereka perlu membuka pintu untuk pelaburan luar. Sebagai contoh, Malaysia telah membina Multimedia Super Corridor (MSC) iaitu sebuah kawasan seluas 15kmX59km selatan Kuala Lumpur. Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC, Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada penapisan internet. Ini bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas termasuklah dengan penjenayah siber.

               Faktor seterusnya yang menyebabkan jenayah ini sukar dibendung ialah berbeza takrifan jenayah. Takrifan jenayah siber di antara negara adalah berbeza. Bagi Negara-negara Islam, judi, pornografi, pengiklanan sex adalah suatu jenayah. Oleh itu, Negara tersebut akan lebih memberi tumpuan kepada undang-undang yang berkaitan dan akan mengabaikan undang-undang siber. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini, undang-undang siber sukar dikuatkuasakan.

               Seterusnya, sikap manusia yang sukar dikawal akan mengakibatkan jenayah siber sukar dibendung.Jenayah ini sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negative. Salah satu sebab penjenayah menyerang system hanya sekadar suka-suka ataupun ingin mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja. Hal ini demikian kerana mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Sebenarnya mereka ini mahir tentang computer tetapi mereka telah salah guna kemahiran yang dimiliki oleh mereka.Oleh itu, undang-undang siber tidak bermakna lagi jika masih terrdapat orang yang bersikap negative dan menggunakan kemajuan computer ke arah negative.

               Jenayah siber ini akan berlaku adalah disebabkan oleh beberapa factor yang penting.Antara punca yang berlakunya jenayah siber ialah kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini. Maklumat-maklumat yang dipaparkan di berjuta-juta laman weeb tidak dapat dikawal oleh sesiapa dan ini akan menyebabkan Berjuta-juta laman web dihidupkan. Oleh itu, bermacam-macam maklumat yang tidak kira sama ada benar atau salah akan disebarkan melalui internet. Selain itu, penjenayah siber yang tamak ataupun yang terdendam akan melakukan pencurian, pemalsuan data, meletakkan virus dan sebagainya untuk mencapaikan matlamat mereka. Kesalahan jenayah ini dimudahkan lagi dengan ramai pengguna internet yang tidak celik computer serta tidak berhati-hati apabila memberi maklumat peribadi mereka di internet.

               Selain itu, computer yang seenang diguna setelah banyak perubahan dilakukan atasnya juga menyebabkan jenayah siber tersebar. Banyak kemudahan telah ditambah dalam komputer seperti penawaran perkhidmatan melalui Internet. Ini mendorong ramai orang giat dalam belajar guna computer sama ada akan guna ilmu pengetahuan computer dalam perkara yang bermanfaat atau jahat.

               Sikap manusia yang sukar dikawal juga merupkan salah satu punca jenayah siber tersebar kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan negative. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan tidak ambil peduli akan cara mereka menggunakan, walaupun itu merupakan perlakuan yang salah. Terdapat juga sesetengah orang menyerang system sekadar suka-suka ataupun ingin menggunakan ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah golongan remaja. Mereka tidak sedar apa yang dilakukan oleh mereka itu adalah perbuatan yang salah dan tidak berfikir secara rasional sebelum berbuat sesuatu.

               Punca seterusnya adalah masyarakat yang kekurangan pengetahuan dalam pengendalian computer. Kebanyakan penjenayah siber ini adalah golongan berpengetahuan ataupun professional dalam pengendalian computer. Namum demikian, ilmu pengetahuan orang ramai tentang pengendalian computer yang cetek merupakan salah satu punca. Orang ramai sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara untuk mengelak diri daripada ancaman jenayah siber.

               Ibu bapa yang mementingkan kerjayaan sendiri dan mengabaikan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak terlibat dalam jenayah siber ini. Mereka tidak mengambil masa untuk menemani anak mereka melayari internet tetapi hanya tahu member kekayaan kepada anak dan ini akan mengabaikan fikiran mereka. Anak yang ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan melakukan pelbagai jenayah seperti jenayah siber.

               Walau bagaimanapun, kita kena mengambil langkah untuk melindungi system computer kita sendiri. Kita perlu melengkapkan diri sendiri dengan ilmu pengetahuan computer dan mungkin kita boleh lindungi system computer dengan perisian yang ada di pasaran.Dengan adanya pengetahuan ini, kita tidak mudah ditipu oleh pihak lain melalui layaran internet dan dapat membezakan antara maklumat yang betul atau salah.
Selain itu, kelas computer juga harus diwajibkan di semua sekolah untuk mengajar pelajar tentang pengetahuan computer serta internet di samping menjelaskan langkah untuk mengelakkan diri pelajar daripada menjadi mangsa jenayah siber. Melalui pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami tentang kewujudan jenayah ini dan elakkan diri daripada melakukan jenayah ini.

               Selain pelajar yang perlu menerima pengetahuan computer, pihak kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak kursus computer kepada semua pengawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan di alam siber.

               Untuk menangani jenayah siber ibu bapa perlulah meluangkan masa yang lebih untuk menemani anak mereka semasa mereka melayari internet. Ibu bapa bukan sahaja perlu mengawasi anak melakukan jenayah malah perlu juga mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung kes-kes jenayah ini.

Pecah Rumah





Menurut kamus dewan edisi ketiga jenayah pecah rumah merupakan tindakan seseorang sama ada secara individu atau berkumpulan yang memasuki rumah seseorang tanpa kebenaran untuk tujuan rompakan.

               Kejadian pecah rumah boleh dilakukan dengan menggunakan pemutar skru atau objek-objek tajam untuk mengumpil pintu atau tingkap. Terdapat sesetengah penjenayah memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi atau menggunakan ‘jack’ untuk membuka jerjak besi tingkap. Ada pula yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah dan memasuki melalui tingkap yang tidak berkunci atau terbuka.

               Punca-punca berlaku pecah rumah adalah disebabkan ketiadaan permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing. Kedudukan rumah di kawasan terpencil memudahkan penjenayah untuk melakukan pecah rumah.Pintu dan tingkap yang tidak dikunci mendorong penjenayah ini untuk melakukan jenayah pecah rumah. Tuan rumah haruslah memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah sama ada untuk bercuti ataupun keluar.Kebanyakan pihak polis hanya sekadar melakukan rondaan di jalan utama sahaja dan tidak menyusuri laluan di setiap perumahan.

               Kesannya penduduk mengalami kehilangan harta benda serta hidup dalam ketakutan sehingga meninggalkan kesan trauma kepada mereka. Hal ini boleh dielakkan dengan memaklumkan balai polis terdekat atau meninggalkan maklumat yang secukupnya bagi memudahkan jiran memaklumkan sebarang kejadian. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik atau memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah serta sentiasa memasang lampu apabila keluar rumah. Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persempunyai penjenayah. Penghuni digalakkan menjalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk- jenguk di kawasan rumah.

               Jika boleh, seluruh masyarakat di sesebuah kawasan kejiranan diseru untuk bersatu padu seterusnya membuat rondaan khususnya menerusi penubuhan skim rondaan sukarela (SRS) dan kepolisian komuniti. Bila berlaku kejadian haruslah segera membuat laporan di balai polis berhampiran. Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Kes Ragut

Pengenalan
    
Menurut kamus dewan, jenayah ialah perbuatan kejahatan seperti mencuri ,merompak ,membunuh dan lain-lain atau perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Ragut pula bererti menarik, menyentak, mencabut dengan paksa atau dengan kekuatan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa jenayah ragut merupakan perbuatan menarik, menyentak atau mencabut yang mana berkait rapat dengan tas tangan. Jenayah ragut ini sering kali dikaitkan dengan golongan remaja dan juga penagih dadah. Jenayah ini semakin berleluasa dan paling menakutkan jenayah ini telah meragut puluhan nyawa. Sebagai contoh Chai Wai Fun, kerani akhbar Nyanyang Siang Pau Chong See Cheng, dan Abdul Rahmat Bin Khadla’din. Mereka bukan sahaja diambil harta benda tetapi peragut juga mengambil nyawa mereka. Timbul persoalan mengapa jenayah ragut ini berlaku dan apa puncanya?

Pengaruh rakan sebaya
Salah satu punca berlakunya jenayah ragut adalah sikap segelintir remaja yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Menurut pendapat seorang ahli psikologi Barat, Carl Rogers (1985), remaja akan mengalami beberapa perubahan ketara yang mana rakan sebaya begitu penting bagi mereka. Konflik harga diri menyebabkan remaja menjadikan rakan sebaya sebagai ‘tempat mengadu. Malah, mereka juga akan melakukan sesuatu yang drastik bagi membuktikan mereka boleh berdikari atau mampu bertindak seperti orang dewasa.Sebagai contoh mencari duit.Mereka melakukan jenayah ragut,mencuri,merompak bagi membuktikan bahawa mereka mampu mencari wang sendiri.Jelaslah jenayah ragut mendorong remaja melakukan jenayah ragut.

Kurang kasih sayang daripda ibu bapa dan keluarga,
Didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga juga menyebabkan remaja terjerumus dalam jenayah ragut ini. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman yang mencabar ini ibu bapa lupa akan tanggungjawab mendidik dan mengajar anak-anak agar menjadi insan yang sempurna disebabkan oleh harta dunia..Remaja yang tidak mendapat kasih sayang danperhatian sewajarnya daripada ibu bapa dan keluarga, akan mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada orang luar termasuk rakan sebaya. Remaja akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan mendapatkan perhatian rakan mereka.Sebagai contoh ,melakukan jenayah seperti meragut,melepak dan sebagainya bagi memuaskan hati rakan mereka.Oleh itu kurang kasih sayang menybabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah ragut ini.


Media Massa
Media massa memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada penggunanya.Sebagai contoh internet,emel ,televisyen dan sebagainya.Perkembangan teknologi telah memudahkan setiap perkara tanpa batasan dan sempadan untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu,media massa turut memberi kesan negatif kepada remaja jka disalah guna.Remaja hanya perlu memuat turun apa sahaja yang mereka inginkan.Sebagai contoh menonton video lucah,menonton video ragut dan video keganasan.Secara tidak langsung wujud perasaan ingin mencuba dalam diri remaja.Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba menyebabkn remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka lihat di dalam internet. Oleh itu media massa juga menjadi faktor berlakunya jenayah ragut dalam kalangan remaja.


Ekonomi
Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar terutamanya kepada masyarakat yang berpendapatan rendah.Remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah terpaksa menjadikan jenayah ragut untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Siatasatan Jenayah Bukit Aman Dato Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi menyumbang kepada peningkatan jenayah ini..Tambahan pula jenayah ragut memberi keuntungan dalam sekelip mata..Tuntasnya,kemelesetan ekonomi juga menjadi titik tolak penglibatan remaja dalam jenayah ragut ini.


Kurang didikan agama
Remaja yang mempunyai pegangan agama yang lemah cenderung untuk melakukan jenayah.Semua agama sama ada Islam,Hindu dan Buddha melarang penganutnya melakukan kejahatan.Sebagai contoh agama Islam.Timbul persoalan mengapa saya mengambil contoh agama Islam.?Hal ini demikian kerana apa-apa kegiatan jenayah di Malaysia seringkali dimonopoli oleh orang melayu yang beragama Islam. Islam adalah agama yang suci dan satu-satunya agama yang deperakui oleh Allah.Islam melarang umatnya melakukan kejahatan di muka bumi ini.Tanggungjawab ibu bapa adalah memberi didikan agama kepada anak-anak bukan mencari nafkah sahaja. Anak-anak akan melakukan jenayah ragut ini tanpa berasa takut akan kesannya di hari pembalasan kelak.Jelaslah,lemah pegangan agama menyebabkan remaja terlibat dalam jenayah ragut ini. .


Langkah-langkah
    
Namun begitu, jenayah ragut ini dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut.Ibu bapa seharusnya tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak mendidik anak-anak.Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak dan selalu berdampingan dengan mereka.Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui masalah anak-anak dan seterusnya menjadi ‘role model’ kepada remaja.. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam jenayah ragut bahkan turut memperbaiki institusi keluarga mereka
     
Menurut Imam Al-Ghazali, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata, adalah seperti meminum racun yang membinasakan. Remaja perlu bijak mencari kawan yang baik kerana kawan yang baik mendorong mereka melakukan kebaikan.Jika remaja tersalah pilih kawan, mereka terdorong untuk melakukan perkara yang negatif seperti jenayah ragut,gengsterisme dan sebagainya.
    
Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Remaja hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah ragut.Remaja yang bermaklumat ini akan memenuhi masa mereka dengan ilmu dan perkara berfaedah sahaja.Secara tidak langsung mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan jenayah ragut.Bukan itu sahaja,pihak kerajaan haruslah menyekat video-video yang tidak berfaedah daripada tersebar melalui medium tertentu.Hal ini dapat mengurangkan bukan sahaja jenayah ragut bahkan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi membanteras peragut dalam kalangan remaja.
     
Selain itu penguatkuasaan undang-undang terhadap remaja perlu digubal.Remaja yang melakukan jenayah ragut perlu dihukum seperti penjenayah lain.Jika jenayah ragut yang mereka lakukan membabitkan kematian mereka perlu dihukum sepertimana penjenayah lain dihukum..Kerajaan tidak perlu berkompromi dengan remaja yang meragut ini kerana mereka bukan sahaja meragut harta tetapi mereka juga meragut nyawa manusia.
    
Kesimpulannya,jenayah ragut dalam kalangan remaja perlu diatasi dengan segera agar kemajuan negara dapat dicapai. Pelbagai dasar dan model ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan negara.Bukan itu sahaja pembentukan modal insan kelas pertama juga telah ditekankan agar bukan sahaja kemajuan negara sahaja yang diperoleh bahkan kemajuan modal insan juga dapat dikecapi.Kita tidak mahu akibat jenayah ragut ini,pembangunan negara dan pembangunan modal insan terbantut..Hal ini demikian kerana remajalah yang akan memimpin dan membentuk negara pada masa akan datang.

Vandalisme

Pengenalan

     Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi. Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.

Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme
     Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan komponen penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam institusi keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan. Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan terjebak dalam budaya lepak. Apabila mereka berkumpul timbullah pelbagai idea yang tidak baik termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkan harta benda awam tersebut.
     Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

     Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

     Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan faktor berlakunya gejala vandalisme. Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Vandalisme biasanya banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah
     Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

     Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan kepentingan ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

     Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Contohnya menerangkan kepada pelajar mengenai perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesedaran seumpama itu sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab terhadap harta benda awam.

     Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan yang penting dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran dalam memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

Kesan Vandalisme
     Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.

     Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara tidak lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau membunuh.

     Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini.
    
      Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Gambar-gambar menunjukkan vandalisme
Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang mata, tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .
Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita hanya menggoyang kaki, menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.

Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri. Apabila diperlukan, mereka menggunakan kemudahan awam, apabila tidak diperlukan, mereka merosakkannya. Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu, 'selepas isi dimakan, kepah dibuang'.

Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi imej negara.

Peranan agensi yang bertanggungjawab dalam menangani gejala vandalisme
     Badan kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Anti vandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Menyedari hakikat bahawa remaja merupakan aset yang penting dan pemimpin generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Anti Vandalisme ini telah mengambil langkah pertama dengan melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “ Harta Benda Awam Milikku-Milikmu “. Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam. .

     Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis perbandaran serta Bandaraya juga turut memberi peranan penting bagi menangani malah vandalisme yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.

     Selain itu, badan bukan kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan badan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan di selenggara. Maka berharap agar jenayah ini berkurangan dari semasa ke semasa.

Mat Rempit


Isu Mat Rempit bukanlah sesuatu yang baru tetapi sering diperkata-katakan oleh masyarakat.Mereka yang terlibat dalam gejala sosial ini merupakan remaja yang akan menerajui pembangunan negara pada masa akan datang.Wajarlah kita untuk membendunginya dan menyelamatkan remaja-remaja ini daripada terus terjerumus dalam gejala sosial ini. Mengapakah mereka terlibat dalam gejala Mat Rempit ini? Apakah itu‘Mat Rempit’? Bagaimanakah untuk mengatasinya?
               Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.Minah Rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang dengan teknik dan aksi yang berbahaya di jalan raya.Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gangster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli.Kebanyakan motosikal yang digunakan telah diubahsuai dan tidak menepati piawai.Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini taman perumahan telah menjadi litar perlumbaan bagi Mat Rempit.Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia.

               Gejala Mat Rempit yang semakin berleluasa sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah. Ini kerana rata-rata para Mat Rempit terdiri daripada golongan remaja yang masih di persekolahan, ini bermaksud mereka masih bergantung kepada kewangan daripada ibubapa mereka. Bagi menyertai lumba haram, mereka memerlukan wang yang banyak sebagai wang pertaruhan, pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol dan sebagainya. Apabila terdesak, mereka akan mendapatkan duit dengan mencuri, meragut, pecah rumah dan memeras ugut. Hal ini akan menyebabkan ketenteraman dan keselamatan orang ramai tergugat. Selain itu, gejala Mat Rempit ini sudah pasti akan menjatuhkan imej negara kita. Orang lain akan memandang rendah terhadap kebolehan negara kita untuk mentadbir sesebuah negara kerana hal yang demikian tidak dapat diselesaikan dengan secepat mungkin demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.
               Keruntuhan rumah tangga yang berlaku pada masa kini berkait rapat dengan kejadian gejala sosial ini. Mengikut kajian kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala Mat Rempit ini berasal daripada keluarga yang bermasalah. Pada hakikatnya keluarga merupakan tempat bagi remaja untuk dijadikan rujukan, mengadu dan berkongsi masalah, mendapatkan kasih sayang dan sebagainnya.Tetapi dengan keluarga yang huru-hara sebegini bagaimanakah remaja ini dapat memenuhi kehendak mereka. Perasaan anak-anak mereka sering terganggu disebabkan keluarga mereka. Contohnya, ibubapa sering bergaduh antara satu sama lain di rumah menyebabkan mereka berasa kecewa dan hampa terhadap keluarga ini. Bagi mengelakkan diri daripada masalah keluarga ini, mereka selalu lepak di luar bersama-sama rakan rakan sebaya mereka sehingga lewat malam. Di sinilah mereka didedahkan dengan gejala-gejala tidak sihat ini yang dibawa oleh rakan sebayanya dan seterusnya melibatkan diri mereka dalam gejala sosial ini.
              Selain itu, kurangnya perhatian ibubapa juga dikaitkan dengan gejala mat rempit ini. Sikap ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan demi meningkatkan kehidupan mereka telah menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka tidak mengambil berat tentang keselamatan anak mereka dan membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen. Para remaja ini tidak tahu maksud bahaya tersebut di jalan raya. Meraka ini akan berayau-rayau dengan motosikal mereka dan kemungkinan besar melibatkan diri dalam perlumbaan haram. Mat Rempit juga diibaratkan sebagai kutu rayau yang suka merayau dan mengganggu ketenteraman pada waktu malam. Di samping itu, sesetengah ibubapa yang terlalu liberal terhadap sosial dan tidak pernah menegur tingkah laku anak mereka sudah tentu memburukkan keadaan.
              Isu Mat Rempit yang berleluasa juga disebabkan oleh kelongggaran penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, usaha polis mengadakan sekatan jalan raya seolah-olah diperlekehkan oleh golongan Mat Rempit. Mereka merasakan sekatan jalan raya itu adalah satu cabaran yang menyeronokan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis dan ada juga yang terus merempuh kearah sekatan jalan raya. Selain itu mereka ini tidak jemu untuk masuk ke lokap apabila ditangkap kerana mereka berupaya membayar kompaun dan saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka ini akan terus memberanikan diri untuk memperjudikan nyawa mereka di atas jalan raya semata-mata untuk keseronokan, kepuasan dan ganjaran yang ditawarkan. Ganjaran yang ditawarkan ini termasuklah wang, gadis bohsia dan sebagainya.Mereka merasakan diri mereka amat bergaya dengan aksi-aksi yang berbahaya seperti ‘willy’, ‘scorpian’, ’corner’ dan ‘wilkang’ yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
              Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh media massa merupakan salah satu punca kepada masalah Mat Rempit yang semakin berleluasa pada masa kini.Pengaruh budaya luar yang diserap ke dalam media masa telah meracuni fikiran para remaja ini. Perbuatan tidak bermoral seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol dan sebagainya jelas meniru budaya ‘hell-angel’ dari Amerika Syarikat. Selain itu, filem- filem yang mengandungi unsur-unsur perlumbaan juga terus mempengaruhi minda remaja. Contohnya filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’, ‘Fast And The Furious’, ‘Initial D’ dan ‘Kuala Lumpur Menjerit’ telah mendorong para remaja untuk mempelajari aksi-aksi pelakon yang dianggap bergaya. Golongan Mat Rempit yang dipengaruhi oleh media massa pula ghairah mengubahsuaikan motosikal mereka untuk mencapai tahap kelajuan yang maksimum seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan.
             Bagi membendung masalah Mat Rempit daripada berleluasa, langkah-langkah inisiatif harus dilakukan dengan segera. Sikap ibubapa yang prihatin adalah amat diperlukan dalam mengatasi masalah ini. Ibubapa haruslah menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian secukupnya adalah amat diperlukan oleh remaja pada masa ini. Luangkanlah sedikit masa untuk bersama-sama anak mereka untuk menanya masalah mereka, mendengar luahan dan rintihan hati mereka. Dengan ini mereka berasa tidak disisihkan daripada kelurga mereka dan dapat merasai kemesraan keluarga. Ibubapa juga haruslah menjadi teladan yang baik terhadap anak-anak mereka supaya amalan-amalan bermoral dapat dicontohi oleh anak-anak mereka. Melalui didikan moral, mereka dapat membezakan baik dan buruknya sesuatu perkara.
             Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan sistematik haruslah dilakukan dalam menangani gejala Mat Rempit ini. Pihak polis haruslah tidak berkompromi dengan golongan ini serta mengelakkan daripada amalan pengambilan rasuah semasa mengambil tindakan terhadap mereka. Selain itu, langkah-langkah seperti menggantung atau menarik lesen memandu Mat Rempit, menyaman pemilik motosikal, menahan motosikal yang diubahsuai, mengadakan operasi pada malam minggu di kawasan tumpuan Mat Rempit dan rondaan polis trafik dengan lebih kerap mungkin dapat mengurangkan masalah Mat Rempit tersebut. Secara tidak langsung, langkah-langkah ini akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaaan tidak akan teragak-agak dan bertoleransi lagi untuk mengambil langkah drastik bagi menangani masalah ini. Hukuman yang lebih berat juga harus dikenakan terhadap para Mat Rempit. Menurut Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Malaysia(MCPF)Tan Sri Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala Mat Rempit dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk satu tempoh ditetapkan. Mereka ini dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga100 jam dan motosikal dirampas.
               Media massa juga perlu bekerjasama menangani gejala Mat Rempit. Propaganda haruslah selalu dipaparkan oleh media agar semua masyarakat dalam semua peringkat memandang gejala Mat Rempit sebagai perlakuan yang tidak patut dilakukan dan para Mat Rempit Ini dianggap sebagai samseng jalanan atau lebih teruk lagi sebagai sampah masyarakat. Propaganda ini dapat membantu menangani masalah tersebut kerana perkara yang diberulang kali dipaparkan kelak akan menjadi perkara yang tersemat dalam minda. Iklan-iklan minyak pelincir atau minyak petrol yang ditayangkan dan dipaparkan haruslah jauh dari bentuk yang negatif seperti pemanduan secara laju. Pihak pengiklanan haruslah mencari alternatif lain bagi meningkatkan publisiti dan tidak perlulah mengambil idea negatif untuk diserapkan ke dalam iklan.
              Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh ibubapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Pendek kata, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani masalah ini. Hal ini kerana Mat Rempit ini terdiri daripada golongan remaja yang mempunyai masa depan yang cerah jika dibimbing dan dididik dengan baik. Dengan usaha yang berterusan daripada semua pihak, sudah pasti deruman enjin motosikal dan aksi gila Mat Rempit tidak akan kedengaran lagi pada suatu hari nanti.


Keratan Surat Khabar Online

Timur: Belukar Bukit litar mat rempit
Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my
2010/08/18
Ketenangan kawasan perkelahan dicemari deruman enjin motosikal

KUALA BERANG: Selepas menyedari kegiatan lumba motosikal haram di beberapa jalan utama sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu sudah dihidu pihak berkuasa, kumpulan mat rempit beralih arah ke kawasan perkelahan Belukar Bukit, di sini, sebagai litar untuk melepaskan gian berlumba.

Selain tidak menghiraukan kenderaan pengunjung dan penduduk, beberapa anggota kumpulan berkenaan melakukan protes dengan membesarkan minyak menyebabkan deruan kuat enjin motosikal apabila kegiatan mereka ditegur. Kumpulan itu menjadikan jalan yang lurus sejauh kira-kira dua kilometer berhampiran simpang masuk ke kawasan perkelahan Belukar Bukit sebagai litar perlumbaan dengan mempamerkan pelbagai aksi termasuk meniarap di atas motosikal ketika berlumba.
Selain bersaing menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kumpulan itu juga menaiki motosikal kapchai untuk berlumba, dipercayai untuk meraih hadiah tertentu.

Penduduk kampung yang bimbang keselamatan selepas beberapa anggota kumpulan itu melakukan aksi protes dengan membesarkan deruman enjin motosikal, kini mendiamkan diri dan sekadar menjadi pemerhati kelakuan mat rempit.

Untuk meminta bantuan polis, mereka tidak dapat melakukannya kerana tiada telefon awam manakala liputan telefon bimbit tidak sampai ke kampung mereka.

Bukan saja kepada penduduk kampung, beberapa ahli kumpulan itu bertindak biadab dan menyergah wartawan Edisi Timur yang merakamkan aksi mereka di kawasan itu.
Penduduk kampung yang enggan namanya disiarkan berkata, kumpulan mat rempit berkenaan mula berlumba motosikal secara haram mulai jam 5 petang hingga 7 petang setiap Jumaat dan Sabtu.

Kita pernah menasihatkan ahli kumpulan itu supaya tidak berlumba di kawasan berkenaan, tetapi nasihat dan larangan bukan saja tidak diendahkan, malah kita pula yang dimarahi.

Kumpulan mat rempit itu melakukan pelbagai aksi hingga sangat menakutkan pengunjung terutama mereka yang bukan dari negeri ini dan tidak biasa melihat kelibat mat rempit yang sebegini ramai, katanya yang mendesak pihak berkuasa terutama polis mengadakan operasi khas seperti dilakukan di Kuala Terengganu bagi membanteras kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.

Seorang suri rumah dikenali sebagai Hanim dan berniaga di kawasan perkelahan itu, berkata kumpulan mat rempit itu menjadikan jalan di kawasan perkelahan itu sebagai lokasi memanaskan badan sebelum berlumba di jalan utama di kampung berkenaan tanpa menghiraukan pengunjung yang datang dari seluruh pelosok tanah air, termasuk pelancong asing.

Sebelum berlumba, katanya, kumpulan disertai antara 30 hingga 70 buah motosikal itu akan menjadikan kawasan tempat letak kereta di kawasan perkelahan itu sebagai tempat menguji enjin motosikal.

Sementara itu, Pegawai Turus Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintendan Ismail Man ketika dihubungi berkata, rondaan serta tindakan ke atas kumpulan mat rempit di kawasan perkelahan Belukar Bukit sering diadakan pasukan polis trafik daerah Hulu Terengganu.

Katanya, jalan utama sejauh kira-kira dua kilometer berhampiran simpang ke kawasan perkelahan Belukar Bukit menjadi sasaran utama polis trafik daerah Hulu Terengganu membuat sekatan jalan raya kerana sering dijadikan litar perlumbaan oleh kumpulan berkenaan.

Kita akan tingkatkan usaha untuk mengadakan operasi lebih kerap di jalan berkenaan terutama pada setiap cuti hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu, katanya.

33 samseng jalanan kena tolak motosikal
Oleh Nurhayati Abllah
bminggu@bharian.com.my
2010/05/02

SEBAHAGIAN daripada penunggang motosikal yang ditahan menolak motosikal masing-masing dalam operasi mencegah samseng jalan raya di sekitar bandar raya Ipoh, awal pagi semalam.
Kumpulan lelaki turut diarah nyanyi Negaraku beramai-ramai

IPOH: Seramai 33 samseng jalanan dikerah menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira tujuh kilometer ke Cawangan Penguasa Trafik Kontinjen Perak di Sungai Senam, di sini sebaik ditahan dalam operasi mencegah lumba haram sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.
Kumpulan lelaki berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun itu turut diminta berdiri di pekarangan balai polis untuk menyanyikan lagu Negaraku sebagai simbolik menyatakan kekesalan mereka kerana melanggar undang-undang jalan raya.
Mereka juga diarah menjalani ujian air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah selepas diberkas dalam operasi antara jam 3 hingga 5 pagi itu yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Trafik negeri diketuai Asisten Superintendan Abdul Malek Abu Bakar.

Gerakkan itu menyaksikan anggota polis yang menyamar bersembunyi di beberapa lokasi termasuk di tepi jalan sekitar bandar raya ini selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan tidak berfaedah oleh kumpulan lelaki terbabit.

Ketua Jabatan Ketentera man Awam dan Trafik Ipoh, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata sesetengah anggotanya berlagak sebagai penunggang motosikal untuk mengenal pasti lokasi kumpulan samseng jalanan terbabit berkumpul.

“Selepas beberapa jam intipan, anggota kami berjaya mengesan sekumpulan penunggang motosikal menunggang secara berbahaya sebelum mereka ditahan dalam sekatan jalan di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Pasir Puteh.
“Hasil pemeriksaan, 33 penunggang dan pembonceng ditahan untuk pemeriksaan lanjut atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak memiliki lesen memandu,” katanya.
Wan Abdullah berkata, dalam operasi sama, polis turut menyita tujuh motosikal dan mengeluarkan 47 saman atas pelbagai kesalahan.

“Polis turut meminta semua samseng jalanan yang ditahan menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai di pekarangan balai polis bagi menyuntik semangat kenegaraan selain motivasi untuk menimbulkan kesedaran dalam diri mereka kerana melanggar undang-undang negara,” katanya.

“Setiap operasi yang dijalankan polis bukan bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya terutama di kalangan mat rempit, tetapi menyedarkan mereka mengenai bahaya berlumba secara haram, sekali gus mengekang kes jenayah jalanan yang sinonim dengan kumpulan terbabit,” katanya

Polis cedera kena rempuh mat rempit
Oleh Nor Hatina Shuib
bhnews@bharian.com.my
2010/06/28

NOOR AZAM (dua dari kiri) melawat Abd Wahid yang dirawat di HTAR, Klang, semalam.
Penunggang motosikal langgar sekatan jalan

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengalami kecederaan dalaman teruk selepas dirempuh sebuah motosikal ditunggang mat rempit ketika menjalankan operasi lumba haram di Bulatan Setia Jasa berhampiran Masjid Negeri, di sini, awal pagi semalam.
Abd Wahid Dikon, 42, bertugas di Cawangan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata kejadian berlaku pada jam 2.15 pagi ketika Abd Wahid bersama 11 anggota lain dan seorang pegawai menjalankan operasi di sekitar bulatan berkenaan.

Ketika bertugas, katanya, seorang penunggang bersama pembonceng menunggang sebuah motosikal tiba-tiba muncul dengan laju dan melanggar sekatan polis sebelum merempuh Abd Wahid.

“Akibat rempuhan itu, Abd Wahid rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke HTAR. Beliau baru sedarkan diri tetapi masih belum dapat mengingati kejadian,” katanya ketika ditemui di HTAR, di sini.

Penunggang lelaki berumur 25 tahun dan 23 tahun bekerja di sebuah kilang di Shah Alam itu kini ditahan reman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 42, memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kecederaan parah.
Sementara itu, isteri Abd Wahid, Rozita Rejab, 39, ketika ditemui di HTAR berkata, beberapa petanda tidak baik mengiringi pemergian suaminya ketika hendak keluar rumah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin apabila anak bongsunya berusia tujuh bulan tidak berhenti menangis.

“Anak bongsu kami menangis dan saya juga tidak dapat melelapkan mata ketika suami mahu keluar bekerja. Saya tidak sangka ia petanda tidak baik yang akan berlaku ke atas suami saya.

“Setakat ini, keadaannya masih tidak stabil dan tidak banyak bercakap,” katanya.

“Beliau masih tidak dapat mengingati apa-apa,” katanya yang masih terkejut dengan kemalangan menimpa Abd Wahid dan berharap suaminya cepat sembuh.

Beliau berkata, ia kejadian pertama membabitkan suaminya yang sudah 20 tahun bertugas sebagai polis.

Rozita dan Abd Wahid mempunyai tujuh anak berusia antara 17 hingga tujuh bulan.