Pada masa kini, terdapat ramai remaja terdedah kepada kes-kes jenayah seperti jenayah siber, gengsterisme, vandalisme, jenayah buli, mat rempit, pecah rumah, rogol, dadah, seks bebas dan kes ragut. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan masyarakat.

blank

Dadah

PENGENALAN
Pada masa kini, bilangan remaja yang terlibat dengan gejala dadah dilihat semakin meningkat hari demi hari. Fenomena ini amat membingbangkan negara kerana remaja merupakan eset negara yang amat berharga. Remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

               Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dadah merupakan istilah khas yang diberi kepada sejenis bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal) dan rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku seseorang individu. Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif yang mampu memberi kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) yang boleh menyebabkan penggunanya bergantung secara fizikal dan psikologikal yang akan menyebabkan ketagihan yang serius.
               Dadah merupakan bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam tubuh badan. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

PUNCA REMAJA TERJEBAK DENGAN DADAH.

FAKTOR PSIKOSOSIAL
Kehidupan moden yang sangat sibuk dan merumitkan menyebabkan golongan remaja menghadapi tekanan dalam proses pembesaran. Golongan ini menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek seperti tekanan di sekolah, tekanan di rumah, tekanan di tempat kerja dan sebagainya. Mereka akan menggunakan pelbagai cara bagi mengatasi tekanan tersebut. Oleh sebab itu, terdapat remaja yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai alat untuk melepaskan tekanan atau menjadikan dadah sebagai alat untuk mendapatkan keseronokan. Keadaan ini jelas dapat dilihat di bandar-bandar besar yang mempunyai banyak pust hiburan.


FAKTOR KEWANGAN
Kesempitan hidup juga menjadi faktor remaja terjebak dengan dadah. Hal ini kerana, remaja yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan akan memyebabkan remaja memberontak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, terdapat remaja yang sanggup mengambil risiko dengan menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan. Bagi remaja walaupun mereka mungkin berdepan dengan tali gantung sekiranya mereka tertangkap, semua itu tidak menjadi persoalan bagi mereka kerana pendapatan lumayan yang bakal diperoleh menjadi keutamaan bagi mereka.

FAKTOR RAKAN SEBAYA DAN PERSEKITARAN
Pada usia remaja, nilai dan norma kumpulan rakan sebaya mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat terhadap sikap, cara berpakaian, gaya pertuturan, dan nilai yang dipegang oleh remaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong remaja terjebak dengan dadah. Remaja dalam kelompok atau kumpulan sering menghabiskan waktu bersama dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Keadaan ini memudahkan remaja terjebak dengan dadah kerana dalam keadadan beginilah remaja mula berjinak-jinak mengenali dadah dan akhirnya akan membawa kepada ketagihan yang teruk.

FAKTOR KEBENDAAN/MATERIALISTIK
Kehidupan serba moden mendorong masyarakat terutama remaja terikut-ikut dengan gaya/trend masa kini. Pada masa kini, individu yang tidak mengikut peredaran zaman akan dianggap sebagai individu yang ketinggalan zaman. Misalya, penggunaaan telefon bimbit mudah alih sudah dianggap sebagai satu keperluan. Tidak kira peringkat usia, samada orang dewasa ataupun kanak-kanak sudah memilikinya dan model telefon bimbit juga sering berubah dengan pantas. Maka, golongan remaja yang mudah terikut-ikut dengan budaya kebendaaan ini akan berusaha untuk mendapatkan barang-barang yang terbaharu dipasaran supaya dapat bersaing dengan rakan-rakan untuk memastikan diri mereka tidak ketinggalan. Maka, remaja akan berusaha mencari sumber kewangan untuk membeli barang-barang tersebut. Secara tidak langsung, remaja akan terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah untuk mendaptkan wang. Remaja seperti ini dapat kita lihat bahawa mereka bukanlah sesempitan wang sebaliknya mereka memerlukan wang untuk sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Remaja dari golongan berpelajaran terutama pelajar universiti turut terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

PERANAN KERAJAAN
Tindakan undang-undang yang tegas haruslah dikenakan keatas individu yang menyalahgunakan dadah samada untuk kegunaan disendiri mahupun untuk tujuan penjualan kepada pihak lain. Mengikut undang-undang dadah Malaysia Akta Dadah Berbahaya 1952 individu yang disabit dengan kesalahaan memiliki dadah jenis ganja seberat 200 gram atau lebih atau memiliki 200 gram atau lebih resin ganja boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati dibawh seksyen 39B Akta Dadah Berbahya 1952. Tindakan undang-undang yang tegas ini di harap dapat memberikan kesedaran kepada pesalah dan juga kepada individu lain supaya tidak melakukankesalahan yang sama.

PERANAN IBUBAPA
Pelbagai langkah dapat diambil bagi menangani masalah penyalah gunaan dadah dalam kalangan remaja. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membentuk anak-anak supaya dapat melahirkan generasi remaja yang berkualiti. Ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak sejak dari kecil supaya anak-anak tidak terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak sihat. Ibu bapa haruslah menyediakan sebuah keluarga yang harmoni dan selesa kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga haruslah memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak seperti pepatah Melayu yang berbunyi melantur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang membesar dengan ilmu agama yang cukup dapat menghalang diri mereka dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibu bapa juga haruslah menyediakan waktu kualiti untuk bersama anak-anak terutama anak-anak yang sedang meningkat remaja. Hal ini kerana, pada masa ini anak-anak remaja mudah untuk terjebak dengan aktiviti tidak sihat sekiranya tiada pantauan daripada ibu bapa.

PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat sekeliling haruslah perihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku disekeliling. Sekiranya mereka mendapati berlakunya kes-kes menyalahgunaan dadah dikawasan mereka, mereka haruslah melaporkannya kepada pihak berkuasa. Langkah ini dapat membendung gejala negatif ini daripada terus merebak dan akan merosakkan seluruh sistem masyarakat. Tindakan yang diambil bukanlah bertujuan untuk menjaga hal atau “tepi kain” individu lain tetapi untuk memastikan generasi akan datang terutama golongan remaja tidak musnah disebabkan masalah ini. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada golongan muda di kawasan kejiranan seperti menganjurkan kelas fardu ain, permainan sukan dan sebagainya. Langkah ini dapat mengelak golongan tersebut daripada membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

KESIMPULAN
Jenayah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan belia masa kini harus dipandang serius. Langkah-langkah menangani masalah ini haruslah dilaksana dengan sebaik mungkin supaya generasi akan datang tidak terjebak dengan gejala negatif ini. Selain itu, ia juga dapat menggelakkan Negara kita daripada dipandang serong oleh Negara luar yang beranggapn bahawa rakyat Negara ini mempunyai akhlak yang buruk. Kesedaran dan kerjasama daripada semua pihak amatlah penting bagi memastikan masalah ini dapat dibendung. Hal ini kerana usaha daripda sebelah pihak sahaja tidak mungkin membuahkan hasil.
"Renung dan fikirkanlah"

1 ulasan:

Catat Ulasan