Pembuangan Bayi
Filed Under :
Nuraini binti Abu Hanifah (205279)
by gejala sosial
Sabtu, 28 Ogos 2010
Gejala pembuangan dan pembunuhan bayi bukanlah sesuatu yang baru bagi negara kita. Banyak berita-berita tentang kes-kes pembuangan bayi disiarkan dalam media tempatan. Nampaknya, gejala ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Manusia dikatakan makhluk yang paling cerdik di bumi tetapi tingkah lakunya menjijikkan dan tidak setanding dengan binatang buas. Kebanyakan remaja yang mengandung luar nikah ini terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung oleh mereka.
Punca-punca terjadinya pembuangan bayi:
Hubungan seks yang bebas tanpa batasan merupakan punca utama pembuangan bayi. Kebanyakan remaja kini diberikan kebebasan yang keterlaluan. Ramai remaja bekerja di luar sambil tinggal bersama-sama dengan rakannya. Keluarga juga jarang mengetahui tindak-tanduk anak-anak mereka. Jadi remaja bebas bergaul dan mencari teman hidup di luar pengetahuan orang tuanya. Mereka yang belum bersedia menerima kedatangan bayi berkemungkinan membuang bayi tersebut.
Perasaan malu dan aib para gadis yang mengandung anak luar nikah juga mencetuskan masalah ini. Kebanyakan gadis yang sudah hamil, mereka tidak berani menghadapi realiti, takut dihina dan disisihkan oleh masyarakat. Dalam keadaan yang kusut tanpa bimbingan orang lain, gadis yang terlibat mungkin hilang pertimbangan rasional dan sanggup membuang serta membunuh bayi tersebut.
Perasaan malu dan aib para gadis yang mengandung anak luar nikah juga mencetuskan masalah ini. Kebanyakan gadis yang sudah hamil, mereka tidak berani menghadapi realiti, takut dihina dan disisihkan oleh masyarakat. Dalam keadaan yang kusut tanpa bimbingan orang lain, gadis yang terlibat mungkin hilang pertimbangan rasional dan sanggup membuang serta membunuh bayi tersebut.
Lelaki yang tidak bertanggungjawab juga memburukkan keadaan. Ramai lelaki akan berjanji manis untuk memikat teman wanita untuk menyerahkan segala-galanya. Lelaki berjanji akan berkahwin dengan teman wanita jika teman wanita itu hamil. Ramai gadis remaja, mempercayai kata-kata manis lelaki yang bersalutkan cinta abadi. Malangnya setelah berbadan dua, lelaki yang tidak bertanggungjawab akan lepas tangan. Dalam keadaan buntu, tanpa sokongan dan bantuan keluarga, gadis yang terdesak mungkin terpaksa membuang bayi tersebut.
Cara-cara untuk membendung gejala pembuangan bayi:
Kewujudan keluarga yang harmoni penting untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa tunjang keutuhan sesebuah keluarga. Mereka bertanggungjawab mengawasi setiap langkah anak-anak agar mereka tidak terjerumus ke kancah maksiat, terutamanya anak gadis. Mereka harus meluangkan masa untuk berbincang dengan anak tentang masalah mereka. Kekerasan yang keterlaluan harus dielakkan dalam mengasuh anak-anak. Bimbingan dan asuhan sejak awal lagi akan menepati pepatah yang berbunyi melentur buluh biar dari rebungnya.
Pegangan agama dan didikan moral yang tinggi. Setiap agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha mahupun Hindu dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia pengguguran memang diharamkan. Sejak kecil lagi, anak-anak perlu diberikan asuhan keagamaan. Dengan ini,mereka akan menjadi manusia yang beriman. Dengan asuhan agama dan moral yang cukup ini, mereka tidak mudah digoda oleh nafsu haloba dan dapat membezakan yang baik dan buruk. Mereka juga akan lebih menyayangi diri sendiri dan menjauhi hubungan yang mendorong kepada kehamilan luar nikah. Mereka juga tidak sanggup membuang bayi sungguhpun bayi berkenaan tidak sempurna sifatnya. Sebaliknya mereka menganggap itu amanah tuhan yang perlu dipikul dengan tabah dan sabar. Disebutkan dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dan di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (http:www.jais.gov.my)
Strategik kerajaan membendung masalah ini. Kaunseling dan bantuan kepada para ibu yang mengandung anak luar nikah perlu dilakukan. Remaja sedemikian akan diberikan perlindungan dan bimbingan sehingga anak mereka selamat dilahirkan. Sekiranya mereka tidak sanggup menerima anak berkenaan keluarga angkat akan dicari. Program Rakan Muda yang dilancarkan oleh kerajaan membolehkan remaja melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela. Seterusnya, kerajaan telah membuat implikasi undang-undang pembuangan bayi di bawah:
Akta Kanak-Kanak 2001 (Child Act) – Akta 611:
• Seksyen 17 anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
• Seksyen 46 ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.
Rang Undang-Undang Jenayah Malaysia:
• Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. (http:// www.infosihat.gov.my)
Oleh itu, gejala ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A’araf ayat 179:
Maksudnya: “Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (bukti keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”. (http:www.jais.gov.my)
Oleh itu, renung-renungkanlah………….
0 ulasan:
Catat Ulasan